♥ Annyeong Chingu!

♥ Tagboard

♥ Readers

♥ Gomawo
Love Maid Part 1 | Saturday, November 5, 2011

    Junhyung ialah seorang pelajar universiti yang berasal dari sebuah keluarga yang kaya raya. Junhyung ialah seorang yang agak kejam terhadap orang lain yang tidak setaraf dengannya. Dia juga terkenal dengan perangai playboy-nya.

    Di vila Junhyung, terdapat tiga maid. Dua daripada mereka ialah wanita pertengahan umur. Manakala yang satu lagi pula ialah seorang gadis muda yang mungkin sebaya Junhyung. Dia ialah maid baru dan Junhyung tidak tahu tentang dia lag.

    Pada pagi itu, maid muda tu telah diarahkan untuk mengambil semua pakaian kotor dari bilik-bilik tidur di vila tersebut. Dia memasuki bilik Junhyung dahulu. Dia tidak tahu bahawa itu ialah bilik Junhyung. Apabila dia membuka pintu bilik, dia mendapati ada sekujur tubuh sedang terbaring diatas katil dengan muka yang ditutupi bantal.

     Dia mengambil keputusan untuk masuk sahaja supaya dia dapat kutip pakaian kotor dari bilik itu segera agar dia juga dapat keluar dari bilik itu segera.

     Ketika mengumpul pakaian kotor, tanpa maid tu sedar, Junhyung terjaga. Junhyung terkejut melihat maid muda tu berada di biliknya.

     Junhyung menjerit, "Hoi, kau! Apa kau buat kat situ hah? dengan baju aku juga?"

      Maid muda itu cemas. Dia kemudiannya menerangkan, "Sa, Saya maid baru dekat sini. Nama saya Yumin. Jung Yumin."

     "Aku tak tanya siapa nama kau atau apa kerja kau lah. Yang aku tanya apa kau buat dekat sini, dalam bilik aku?" ucap Junhyung jengkel.

     "Oh, sa.. saya tengah kutip baju-baju kotor." Yumin menjawab laju tetapi sedikit takut.

     "Saya minta maaf kalau saya mengganggu. Saya akan kutip semuanya dengan cepat dan beredar selepas itu."

      Junhyung merenung tajam ke mata Yumin. Yumin cemas lantas menundukkan kepalanya memandang ke lantai. Tak terdaya untuk melawan pandangan anak kepada tuannya itu.

      "Jadi habiskanlah cepat lepastu belah dari sini!" jerit Junhyung sambil dia berjalan menuju ke bilik mandi.

      "Sebaik sahaja Junhyung menutup rapat serta mengunci pintu bilik mandi, Yumin segera menaik nafas lega. Dia kemudiannya meneruskan kerjanya dengan sepantas yang boleh.

      Di meja makan, terlihat tuan besar Yong HyuGil bersama isterinya, SeoYi sedang bersarapan pagi. Kemudian datang Junhyung. Dia kemudiannya duduk di kerusi dekat dengan ibunya.

      "Makcik Kim! Hot chocolate!" Jerit Junhyung sambil menyapukan jam blueberry ke atas roti. Kemudian, Yumin datang sambil membawa secawan hot chocolate. Lalu dihidangkan kepada Junhyung. Yumin tak mampu untuk bertentang mata dengan Junhyung. Junhyung pula menjeling.

      "Junny, mama dengar kamu menjerit pagi-pagi tadi lagi. Apa yang jadi hah?" tanya ibu Junhyung yang memanggilnya Junny sejak dari kecil lagi.

       Junhyung tergelak kecil sambil menjeling ke arah Yumin. Yumin hanya dapat berdiri tegak sahaja disitu sambil menanti apa yang akan dijawab oleh Junhyung.

       "Tak ada apalah ma. Pagi-pagi kan, mood tak baik. Tu lah Junhyung menjerit-jerit." Jelas Junhyung sambil menjeling beberapa kali ke arah Yumin. Yumin tersentak mendengar jawapan yang diberi oleh Junhyung.

       "Dia nak cover untuk aku ke?" tanya hati Yumin. Yumin kemudiannya kembali ke dapur semula.

       "Di tepi vila, Yumin sedang menyidai pakaian yang telah siap dicuci. Junhyung pula tiba-tiba muncul dibelakang dari sebuah sliding door. Junhyung hanya tersenyum sinis sambil memandang ke arah Yumin. Junhyung sedang memakai kasut ketika itu. Yumin tidak perasan yang Junhyung ada dibelakangnya.

        Selepas siap mengikat tali kasutnya, Junhyung berjalan menuju kearah Yumin. Lalu dia memanggil Yumin. "Hoi, maid!"

        Yumin terkejut. Dia menoleh ke belakang. "Rupanya dia ni." kata hatinya. "Ya, ada apa yang bo.. boleh saya bantu?" suara Yumin tersekat. Jelas sekali bahawa masih janggal untuk bercakap dengan Junhyung.

        "Mama panggil kau kat dalam tu." Jelas Junhyung. "Oh, yeke? Baiklah." Yumin tanpa bertanya lagi terus masuk kedalam vila. Junhyung pulang tergelak besar diluar. "Rasalah kau." ucap Junhyung.

        "Hish, puan besar tak pangil aku pun. Takkan si Junny tu tipu aku kot?" Yumin berasa pelik kerana setelah diberitahu oleh Junhyung bahawa puan besar ingin berjumpa dengannya tetapi hakikatnya puan besar sebenarnya tidak memanggil sesiapa pun.

         Apabila Yumin keluar untuk menyambung kembali kerjanya yang tertangguh sebentar tadi, dia terkejut. "Arrrghhhhh!" jeritnya. Rupanya Yumin terkejut akan pakaian yang berada diampaian yang telah dia sangkutnya sebentar tadi. Semuanya telah dilumuri lumpur. "A.. apakah yang telah terjadi ni?" hati Yumin memberontak.

bersambung...

Labels:




WELCOME READERS! | Saturday, October 29, 2011


Yeaaahhhh, let parteeeeyyyy >__<
This blog has been officially opened! And its in the midnight of 30th October, Sunday! Hip! hip! Horreyyy! Lol! I'm too excited since this is the first time I make such blog. I hope there will be some fans here lol. Well this blog will be 100% about K-POP. So NO PRIVATE LIFE. Just K-pop. K-pop and K-pop. 

You're haters? go die! Lol just kidding, anyone is welcomed in here, just don't bash any other human being. We're just the same. So let us just be happy and smile and laugh and listen to the music~

K then, let's just stop here. Got to think about what story might be interested....

-Lina, xoxo

Labels: ,





You've read the fanfic? GOMAWO CHINGU!!!